Wednesday, February 7, 2024

JEMPUTAN MENYERTAI BENGKEL PEMBIKINAN E-BOOK



 

السلامعليکم ورحمة الله وبرکاته dan Salam Sejahtera


YBhg. Dato/ Prof/ Tuan/ Puan,


JEMPUTAN MENYERTAI BENGKEL PEMBIKINAN E-BOOK


Pihak Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak, Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA) berbesar hati menjemput warga UiTM serta orang awam untuk menyertai Bengkel Pembikinan E-Book. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan mengenai teknik penulisan, penerbitan serta tunjuk ajar mengenai pemasaran e-book secara bersistem.

📌 : Bengkel Pembikinan E-Book 

🗓 : 5 Mac 2024 (Selasa)

🕗 : 8.00 pagi- 5.00 petang

📍 : Makmal Komputer, Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak, Aras 3 


Sehubungan itu, kami dengan hormatnya mengalu-alukan warga UiTM serta orang awam menyertai bengkel ini. Mereka yang berminat menyertai bengkel ini boleh mengisi borang pengesahan kehadiran yang terdapat di link ini: https://shorturl.at/lnuMN  

Pengisian borang kehadiran perlu dilakukan sebelum atau pada 19 Februari 2024, Isnin. 

Pihak penganjur akan membuat semakan permohonan dan akan menghubungi pemohon untuk makluman berkenaan penyertaan.


Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, bolehlah berhubung Puan Wan Rohani Wan Chin atau Puan Nurul Atika Harud Din di talian 03-3396 3000 samb. 12801/12802


Sekian, terima kasih.


اوسها، تقوى، موليا

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak,

Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA)

 

Like and follow us

https://www.facebook.com/ptar.hasa.uitm

https://pptar-hasa.blogspot.com/

https://hospital.library.uitm.edu.my/

https://www.tiktok.com/@pptarhasa

JEMPUTAN MENYERTAI BENGKEL PEMBIKINAN E-BOOK

  السلامعليکم ورحمة الله وبرکاته dan Salam Sejahtera YBhg. Dato/ Prof/ Tuan/ Puan, JEMPUTAN MENYERTAI BENGKEL PEMBIKINAN E-BOOK Pihak Perpus...