Tuesday, September 23, 2025

JEJAK KEJAYAAN UiTM | Alumni, Inspirasi Kita Semua!



23 September 2025 | 01 Rabiul Akhir 1447H

JEJAK KEJAYAAN UiTM | Alumni, Inspirasi Kita Semua!
Alhamdulillah, Program JEJAK KEJAYAAN: “Menelusuri Kerjaya Alumni UiTM” yang berlangsung sebentar tadi telah berjaya direalisasikan dengan penuh bermakna. Program ini menjadi wadah perkongsian ilmu, pengalaman, serta inspirasi daripada alumni UiTM yang kini telah menempa nama dalam bidang masing-masing.
💼 Barisan alumni jemputan yang telah memberi perkongsian berharga:
🔹 Puan Suriana Salaman – Pustakawan (Ketua Bahagian), Penulis Novel/Buku
🔹 Puan Shazana Mustafa – Pengurus Perisian Kejuruteraan, Perunding Pewarisan Harta Orang Islam
🎤 Program ini turut dimoderatorkan dengan penuh cemerlang oleh:
En. Asrol Afendy Mohamad Ali – Penolong Bendahari
📌 Setiap kisah kejayaan yang dikongsikan bukan sekadar menceritakan perjalanan kerjaya, malah menyentuh aspek nilai, daya tahan, serta strategi untuk berdepan cabaran dunia profesional. Perkongsian ini diyakini dapat membuka minda, memberi inspirasi, serta menjadi panduan kepada warga UiTM khususnya, dalam merancang masa depan kerjaya selepas menamatkan pengajian.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada para panel, moderator, warga UiTM, komuniti serta penonton siaran langsung YouTube yang telah menjayakan program ini. Sokongan padu daripada semua pihak menjadikan program JEJAK KEJAYAAN ini lebih bermakna dan berimpak.
Semoga inisiatif ini terus menyemarakkan semangat kecemerlangan dan menjadi pemangkin kepada lahirnya lebih ramai graduan UiTM yang berdaya saing serta berprestasi tinggi di persada kerjaya.

Sunday, September 21, 2025

TAHNIAH PARA JUARA KUIZ KEMERDEKAAN!




TAHNIAH PARA JUARA KUIZ KEMERDEKAAN!

19 September 2025 | 26 Rabiul Awal 1447 H
Sempena sambutan Bulan Kemerdekaan yang lalu, Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak (PPTAR), Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA), UiTM telah menganjurkan Kuiz Kemerdekaan 2025 bagi menyemarakkan semangat patriotisme dan meningkatkan pengetahuan mengenai sejarah tanah air tercinta.
Penyertaan yang diterima amat menggalakkan, dan para peserta menunjukkan semangat tinggi dalam menjawab soalan dengan tepat serta pantas.
Tahniah kepada pemenang Kuiz Kemerdekaan 2025:
🏆 Khairul Nisa’ Binti Ishak
🏆 Noor Asmadiana Binti Abu Samah
🏆 Fatin Sakinah Binti Ismail
🏆 Nurshahira Binti Mohd Hairol Anuar
🏆 Aina Hazira Binti Rosli
🏆 Nabilah Binti Azman
Syabas kepada semua pemenang, dan jutaan terima kasih kepada semua peserta yang telah menjayakan program ini.
Semoga semangat kemerdekaan terus subur dalam jiwa kita, menjadi inspirasi untuk bersama-sama membina Malaysia yang lebih gemilang.
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!


























JEJAK KEJAYAAN UiTM | Alumni, Inspirasi Kita Semua!

23 September 2025 | 01 Rabiul Akhir 1447H JEJAK KEJAYAAN UiTM | Alumni, Inspirasi Kita Semua! Alhamdulillah, Program JEJAK KEJAYAAN: “Menelu...