Thursday, May 29, 2025

SESI MEET AND GREET & TAKLIMAT PERPUSTAKAAN DIGITAL (PERMATA) - JABATAN KEWANGAN



SESI MEET AND GREET & TAKLIMAT PERPUSTAKAAN DIGITAL (PERMATA)

📅 Tarikh: 27 Mei 2025 (Selasa)
🕝 Masa: 2.30 petang – 4.00 petang
📍 Tempat: Makmal Komputer Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak, Hospital Al-Sultan Abdullah
Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak, HASA telah menganjurkan satu sesi Meet and Greet serta Taklimat Perpustakaan Digital (PERMATA) yang telah disampaikan oleh Puan Nurul Atika Harud Din, Pustakawan HASA.
Sesi ini disertai oleh sepuluh orang staf dari Jabatan Kewangan dan telah memberi pendedahan menyeluruh berkenaan:
✅ Akses kepada pangkalan data atas talian
✅ Kemudahan e-books dan pembaharuan buku secara digital
✅ Penggunaan sistem PRIME
✅ Promosi platform ELIB
✅ Tatacara cadangan pembelian buku dan e-buku melalui sistem PERMATA
Taklimat ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan kesedaran tentang kemudahan perkhidmatan digital yang disediakan oleh perpustakaan kepada warga HASA, sekaligus menyokong pembelajaran dan pembacaan secara berterusan.
📌 Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi:📞 Talian:
12807 (Kaunter Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak, HASA)
Sama-sama kita manfaatkan kemudahan digital yang tersedia demi kelestarian ilmu dan peningkatan profesionalisme warga kerja HASA.






Program Menelusuri Laluan Kerjaya: Strategi, Cabaran, Emosi dan Kekuatan Diri Murid SUKSeS SMK PUNCAK ALAM

27 Mei 2025 [SELASA-7.30 PAGI SEHINGGA 4.00 PETANG)

Terokai Dunia Ilmu di Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak, Hospital Al-Sultan Abdullah, UiTM Puncak Alam.
Program Menelusuri Laluan Kerjaya: Strategi, Cabaran, Emosi dan Kekuatan Diri Murid SUKSeS SMK PUNCAK ALAM telah membawa pelajar dan guru ke Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak, Hospital Al-Sultan Abdullah.
Hari yang penuh bermakna dengan pengalaman bersama perpustakaan serta beberapa aktiviti yang telah dilaksanakan melalui program ini.
Pelajar telah didedahkan dengan perkongsian kerjaya sebagai Pegawai Perubatan oleh Dr. Puteri Alina Hasanudin Basri Asmara, kerjaya sebagai Pakar Patologi oleh Dr. Wan Mohammad Hafiz Wan Razali seterusnya kerjaya sebagai seorang Pustakawan yang dikongsikan oleh Puan Noor Azlin Abdullah bagi membuka minda pelajar terhadap kerjaya-kerjaya tersebut.
Turut dilaksanakan beberapa aktiviti lain termasuklah Speed Reading yang dikendalikan oleh Puan Nurul Atika Harud Din (Pustakawan) dan dibantu oleh Puan Fasihah, Puan Maizatul Akmal, Puan Nur Ira Wahidah dan Puan Nur Fatini (Kerani (Perpustakaan)).
Perpustakaan turut menyediakan aktiviti Scavengers Hunt bagi menyemarakkan kebolehan pelajar mencari serta mendapatkan bahan di dalam perpustakaan.
Program khas ini turut dilengkapkan dengan pengisian sesi lawatan sekitar Hospital Al-Sultan Abdullah yang melibatkan Jabatan Forensik dan disambut baik oleh Ketua Jabatan iaitu Prof Dr Razuin Rahimi dan seluruh staf di jabatan tersebut.
Turut dilawati adalah Jabatan Perubatan Pemulihan, Hospital Al-Sultan Abdullah yang disokong oleh Dr Wan Najwa Wan Mohd Zohdi dan disambut baik oleh seluruh staf di jabatan ini.
Lawatan ini merupakan pengalaman yang dianggap penuh bermakna oleh 36 pelajar dan guru SMK Puncak Alam iaitu Pn Nornaimah binti Mohamed Yunus, Puan Norhidayah Syahida binti A. Halim, Encik Herman Elian dan Cik Wan Nur Saadah binti Wan Nurfathir. Empat orang guru tersebut telah mendaftar sebagai Ahli Keahlian Luar Perpustakaan.
Di akhir sesi, majlis penutup disempurnakan oleh Puan Noor Azlin Abdullah, Ketua Perpustakaan, Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak, HASA bersama pengisian rumusan oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Puncak Alam iaitu Puan Rahayu binti Ahmad Jumali.
Semoga program yang dilaksanakan ini telah membantu pelajar ke arah pengembaraan serta pembudayaan ilmu yang dapat membuka mata serta minda, menyalakan semangat, seterusnya mencipta memori yang sukar dilupakan.
Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.






Tuesday, May 20, 2025

SESI MEET AND GREET & TAKLIMAT PERPUSTAKAAN DIGITAL (PERMATA) - JABATAN PENTADBIRAN SUMBER MANUSIA



SESI MEET AND GREET & TAKLIMAT PERPUSTAKAAN DIGITAL (PERMATA)

📅 Tarikh: 19 Mei 2025 (Isnin)
🕝 Masa: 2.30 petang – 4.00 petang
📍 Tempat: Makmal Komputer, Perpustakaan Perubatan Tun Abdul
Razak, Aras 3
Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak, HASA telah menganjurkan satu sesi Meet and Greet serta Taklimat Perpustakaan Digital (PERMATA) yang telah disampaikan oleh Puan Nurul Atika Harud Din, Pustakawan HASA.
Sesi ini disertai oleh tujuh orang staf dari Jabatan Pentadbiran dan Sumber Manusia dan telah memberi pendedahan menyeluruh berkenaan:
✅ Akses kepada pangkalan data atas talian
✅ Kemudahan e-books dan pembaharuan buku secara digital
✅ Penggunaan sistem PRIME
✅ Promosi platform ELIB
✅ Tatacara cadangan pembelian buku dan e-buku melalui sistem PERMATA
Taklimat ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan kesedaran tentang kemudahan perkhidmatan digital yang disediakan oleh perpustakaan kepada warga HASA, sekaligus menyokong pembelajaran dan pembacaan secara berterusan.
📌 Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi:
📞 Talian: 12807 (Kaunter Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak, HASA)
Sama-sama kita manfaatkan kemudahan digital yang tersedia demi kelestarian ilmu dan peningkatan profesionalisme warga kerja HASA.




Wednesday, May 7, 2025

Sesi Meet and Greet dan Taklimat Perpustakaan Digital (PERMATA) - Jabatan Infrastruktur



Sesi Meet and Greet dan Taklimat Perpustakaan Digital (PERMATA)

(9.00 pagi - 10.00 pagi, 07 Mei 2025)
Sesi ini telah dilaksanakan oleh Puan Nurul Atika Harud Din, Pustakawan Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak, HASA, kepada Jabatan Infrastruktur yang dihadiri oleh 6 orang staf.
Sesi ini telah memberi penerangan yang lebih mendalam mengenai fungsi-fungsi perkhidmatan dan bahan perpustakaan yang boleh diakses secara maya, termasuk pangkalan data atas talian, e-books, pembaharuan buku atas talian, PRIME, dan juga promosi platform ELIB.
Selain itu sesi ini juga menerangkan tatacara cadangan buku dan juga buku eletronik melalui sistem PERMATA.










TAHNIAH PARA JUARA KUIZ KEMERDEKAAN!

TAHNIAH PARA JUARA KUIZ KEMERDEKAAN! 19 September 2025 | 26 Rabiul Awal 1447 H Sempena sambutan Bulan Kemerdekaan yang lalu, Perpustakaan Pe...