Wednesday, June 25, 2025

SPEAKER CORNER: SINERGI KE ARAH KECEMERLANGAN – PERSIAPAN KE ALAM PEKERJAAN

 







✨ SPEAKER CORNER: SINERGI KE ARAH KECEMERLANGAN – PERSIAPAN KE ALAM PEKERJAAN ✨
Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak dengan kerjasama pelajar latihan industri Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA) telah menganjurkan Speaker Corner pada 25 Jun 2025 (Rabu), bertempat di Ruang Legar Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak. Program ini berlangsung dari 10.00 pagi hingga 11.30 pagi dengan tema “Sinergi ke Arah Kecemerlangan: Persiapan ke Alam Pekerjaan”.
Program ini menjadi platform interaktif bagi pelajar berkongsi pandangan, pengalaman, dan tips persediaan sebelum melangkah ke alam pekerjaan sebenar.
Objektif utama Speaker Corner ini adalah:
✅ Memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai cabaran dan realiti dunia pekerjaan.
✅ Memupuk keyakinan diri serta kemahiran komunikasi dalam kalangan pelajar.
✅ Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan persiapan mental, fizikal dan emosi dalam menghadapi alam pekerjaan.
✅ Menggalakkan budaya perkongsian ilmu dan pengalaman antara pelajar.
Impak positif Speaker Corner kepada pelajar universiti:
🌟 Meningkatkan tahap keyakinan dan keberanian pelajar untuk berkomunikasi di hadapan khalayak.
🌟 Memberi inspirasi dan motivasi untuk merancang kerjaya dengan lebih terarah.
🌟 Memperkasa pelajar dengan ilmu, nilai dan kemahiran insaniah yang penting dalam dunia pekerjaan.
🌟 Mengukuhkan hubungan sinergi antara pihak perpustakaan, hospital dan pelajar.
Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga usaha ini menjadi pemangkin ke arah melahirkan graduan yang berkualiti, berdaya saing dan bersedia untuk menghadapi alam pekerjaan!













Program Komuniti Kesihatan Kanak-Kanak 2025 : Si Manja sihat Komuniti Sejahtera



Program Komuniti Kesihatan Kanak-Kanak 2025 : Si Manja sihat Komuniti Sejahtera

Tarikh: 21 Jun 2025 (Sabtu)
Tempat: Pustaka Raja Tun Uda
Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak (PTAR), Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA), UiTM Puncak Alam, Selangor berbesar hati kerana berpeluang berkolaborasi dalam Program Komuniti Kesihatan Kanak-Kanak yang telah dianjurkan oleh para pelajar Pusat Pengajian Kejururawatan, Fakulti Sains Kesihatan, UiTM Selangor, Kampus Puncak Alam.
Program ini dilaksanakan dengan objektif utama untuk menjalankan program komuniti bersama masyarakat, di samping membina jalinan kerjasama antara pelbagai agensi dan jabatan bagi memastikan maklumat kesihatan dapat disebarluas dengan lebih berkesan.
Seiring dengan tagline "Pembudayaan Ilmu Membentuk Adiwangsa", PTAR HASA turut menganjurkan pelbagai aktiviti menarik seperti Pertandingan Menulis Khat, Kuiz Kesihatan, serta Pameran Jantung dan Otak Manusia. Pada masa yang sama, kami turut memanfaatkan peluang ini untuk mempromosikan perkhidmatan Perpustakaan UiTM kepada masyarakat setempat. Pendaftaran Keahlian Luar Perpustakaan UiTM juga telah dibuka kepada para pengunjung, dan program ini turut mendapat sokongan daripada Alumni UiTM yang hadir bersama memeriahkan acara.
Semoga program ini memberi manfaat kepada komuniti, serta menjadi wadah dalam memperkukuh hubungan kerjasama antara organisasi demi kebaikan bersama.














Friday, June 13, 2025

PROGRAM JELAJAH ILMU @ TOWNHALLHASA

 

🌟 PROGRAM JELAJAH ILMU @ TOWNHALLHASA 🌟
📅 12 Jun 2025 (Khamis)
🕘 9.00 pagi – 4.30 petang
📍 Ruang Legar Auditorium, Aras 2, Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA)
Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak (PPTAR), HASA dengan sukacitanya telah menganjurkan Program Jelajah Ilmu @ TownhallHASA, satu inisiatif bagi memperkukuh budaya membaca serta meningkatkan kesedaran berkenaan kemudahan dan sumber maklumat digital yang disediakan oleh perpustakaan.
Program yang berlangsung seharian ini telah mengetengahkan pelbagai pengisian menarik seperti:
📌 Promosi Portal PERMATA dan galakan pendaftaran MYREADING
📌 Pengenalan kepada koleksi e-book yang boleh diakses secara atas talian
📌 Pinjaman buku bertema mengikut topik semasa dan bidang kepakaran
📌 Kod QR untuk capaian pantas kepada senarai penuh judul buku di PPTAR HASA
📌 Kuiz interaktif sebagai pengukuhan ilmu dan daya ingatan
Majlis turut diserikan dengan penyampaian hadiah dan penghargaan kepada:
🏆 Peminjam buku tertinggi (Januari – Mei 2025)
🏆 Pengunjung perpustakaan paling aktif kategori Staf dan Pelajar (Januari – Mei 2025)
Penganjuran program ini diharapkan dapat terus menyemarakkan semangat cintakan ilmu dalam kalangan warga HASA serta menyokong misi perpustakaan dalam memperkasakan literasi maklumat sejajar dengan perkembangan era digital.
💬 "Ilmu itu pelita kehidupan. Mari kita semai budaya membaca dan terus mendukung pembelajaran sepanjang hayat."








Tuesday, June 10, 2025

SESI MEET AND GREET & TAKLIMAT PERPUSTAKAAN DIGITAL (PERMATA) - JABATAN PERUBATAN PEMULIHAN



SESI MEET AND GREET & TAKLIMAT PERPUSTAKAAN DIGITAL (PERMATA)

📅 Tarikh: 09 Jun 2025
🕝 Masa: 2.30 petang – 4.00 petang
📍 Tempat: Makmal Komputer Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak, Hospital Al-Sultan Abdullah
Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak, HASA telah menganjurkan satu sesi Meet and Greet serta Taklimat Perpustakaan Digital (PERMATA) yang telah disampaikan oleh Puan Nurul Atika Harud Din, Pustakawan HASA.
Sesi ini disertai oleh sembilan orang staf dari Jabatan Perubatan Pemulihan dan telah memberi pendedahan menyeluruh berkenaan:
✅ Akses kepada pangkalan data atas talian
✅ Kemudahan e-books dan pembaharuan buku secara digital
✅ Penggunaan sistem PRIME
✅ Promosi platform ELIB
✅ Tatacara cadangan pembelian buku dan e-buku melalui sistem PERMATA
Taklimat ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan kesedaran tentang kemudahan perkhidmatan digital yang disediakan oleh perpustakaan kepada warga HASA, sekaligus menyokong pembelajaran dan pembacaan secara berterusan.
📌 Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi:📞 Talian:
12807 (Kaunter Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak, HASA)
Sama-sama kita manfaatkan kemudahan digital yang tersedia demi kelestarian ilmu dan peningkatan profesionalisme warga kerja HASA.






TAHNIAH PARA JUARA KUIZ KEMERDEKAAN!

TAHNIAH PARA JUARA KUIZ KEMERDEKAAN! 19 September 2025 | 26 Rabiul Awal 1447 H Sempena sambutan Bulan Kemerdekaan yang lalu, Perpustakaan Pe...