Tuesday, August 26, 2025

Perkongsian Ilmu, Perkasa Generasi



Perkongsian Ilmu, Perkasa Generasi

Suasana penuh mesra dan semangat kolaborasi mewarnai pertemuan antara Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak (PPTAR), Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA) bersama SMK Bukit Kapar pada 25 Ogos 2025 bersamaan 01 Rabiulawal 1447H (Isnin).Program yang dinamakan Pembudayaan Ilmu: “Knowledge Sharing with Community” ini menjadi saksi kepada penyerahan rasmi Letter of Collaboration (LOC) serta sijil penyertaan pelajar yang telah berjaya menyertai program sebelum ini.
Pertemuan ini turut disertai oleh tokoh kepimpinan sekolah, iaitu:
• Tuan Haji Maswi Saion – Pengetua SMK Bukit Kapar
• En. Mustaa Al Bakri – Penolong Kanan Pentadbiran
• Puan Nooraini Mohd Ishak – Guru Kaunseling
Manakala pihak PPTAR HASA diwakili oleh:
• Puan Noor Azlin Binti Abdullah – Timbalan Ketua Pustakawan
(M) (KUP)
• Nur Ira Wahidah Nasir – Kerani
• Maizatul Akmal Binti Sidik – Kerani
Dalam sesi ini, perbincangan turut dijalankan untuk merangka program kolaborasi seterusnya yang dijangka memberi lebih banyak peluang kepada pelajar sekolah dalam memperluas ilmu, membina kemahiran insaniah dan memupuk semangat komuniti pembelajaran.
Menariknya, rombongan juga berpeluang meninjau Bilik Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) yang menampilkan terapi urutan refleksologi oleh pelajar berkeperluan khas. Inisiatif ini jelas menyerlahkan bahawa pendidikan inklusif mampu memberi ruang kepada semua pelajar untuk cemerlang dalam bidang masing-masing.
Kolaborasi ini bukan sekadar hubungan rasmi antara perpustakaan dan sekolah, tetapi lebih daripada itu – ia adalah perkongsian ilmu, pengalaman, dan nilai kemanusiaan yang diharap dapat menyuburkan budaya ilmu dalam kalangan pelajar serta masyarakat.
Semoga kerjasama ini menjadi inspirasi kepada lebih banyak inisiatif ilmu yang berimpak positif kepada komuniti.


















No comments:

Post a Comment

TAHNIAH PARA JUARA KUIZ KEMERDEKAAN!

TAHNIAH PARA JUARA KUIZ KEMERDEKAAN! 19 September 2025 | 26 Rabiul Awal 1447 H Sempena sambutan Bulan Kemerdekaan yang lalu, Perpustakaan Pe...