23 September 2025 | 01 Rabiul Akhir 1447H
Alhamdulillah, Program JEJAK KEJAYAAN: “Menelusuri Kerjaya Alumni UiTM” yang berlangsung sebentar tadi telah berjaya direalisasikan dengan penuh bermakna. Program ini menjadi wadah perkongsian ilmu, pengalaman, serta inspirasi daripada alumni UiTM yang kini telah menempa nama dalam bidang masing-masing.
En. Asrol Afendy Mohamad Ali – Penolong Bendahari
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada para panel, moderator, warga UiTM, komuniti serta penonton siaran langsung YouTube yang telah menjayakan program ini. Sokongan padu daripada semua pihak menjadikan program JEJAK KEJAYAAN ini lebih bermakna dan berimpak.
Semoga inisiatif ini terus menyemarakkan semangat kecemerlangan dan menjadi pemangkin kepada lahirnya lebih ramai graduan UiTM yang berdaya saing serta berprestasi tinggi di persada kerjaya.
No comments:
Post a Comment