Thursday, August 7, 2025

LAWATAN PENANDA ARAS PPTAR KE INSTITUT SOSIAL MALAYSIA (ISM)



06 Ogos 2025 | 12 Safar 1447H (RABU)

LAWATAN PENANDA ARAS PPTAR KE INSTITUT SOSIAL MALAYSIA (ISM)
Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak (PPTAR), Hospital Al-Sultan Abdullah telah mengadakan lawatan penanda aras ke Pusat Sumber dan Dokumentasi, Institut Sosial Malaysia (ISM).
Lawatan ini bertujuan untuk memperkukuh jaringan profesional antara kedua-dua institusi serta meneroka amalan terbaik dalam pengurusan perpustakaan  dan penyampaian maklumat.

🔍 Objektif utama lawatan ini adalah untuk:
• Menjalin kerjasama strategik antara PPTAR dan ISM.
• Mengetahui sistem pengurusan koleksi dan dokumentasi yang efektif.
• Meneroka potensi pelaksanaan program bersama berkaitan pembudayaan ilmu.

💡 Impak dan manfaat lawatan:
• Pendedahan kepada pendekatan pengurusan pusat sumber yang lebih sistematik.
• Idea baharu untuk meningkatkan perkhidmatan maklumat kepada komuniti pengguna.
• Perbincangan awal ke arah kolaborasi program seperti seminar, bengkel dan wacana ilmu.

🤝 Cadangan Kolaborasi Masa Hadapan:
• Penganjuran bersama program literasi maklumat & advokasi ilmu.
• Perkongsian sumber dan bahan ilmiah dalam bidang kesihatan sosial dan kesejahteraan komuniti.
• Pelaksanaan latihan bersama bagi meningkatkan kompetensi staf.

👥 Peserta lawatan:
1. Pn. Noor Azlin Abdullah – Timbalan Pustakawan Kanan (M)  (KUP)                    
2. Pn. Nurul Atika Harud Din – Pustakawan
3. Pn. Maizatul Akmal Sidik – Kerani
4. Pn. Fasihah Abdul Wahab – Kerani
5. Pn. Nur Fatini Ahmad Fazli – Kerani
6. Pn. Nur Ira Wahidah Nasir – Kerani

Semoga lawatan ini menjadi titik permulaan kepada jalinan kerjasama yang lebih erat dalam usaha memperkasa budaya ilmu antara PPTAR dan ISM.










Tuesday, August 5, 2025

Lawatan dan Mesyuarat Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Selangor ke PPTAR & HASA

 


05 Ogos 2025 | 11 Safar 1447H (Selasa)

📌 Lawatan dan Mesyuarat Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Selangor ke PPTAR & HASA
Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak (PPTAR), Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA) telah menerima lawatan berpandu serta mesyuarat bersama Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Selangor.
Lawatan ini turut melibatkan sesi perbincangan bersama Unit Spiritualiti, HASA, perpustakaan dan beberapa jabatan lain yang terlibat dengan penganjuran program Tahsin Pengurusan Ibadah Pesakit Tahun 2025 yang akan dilaksanakan seperti berikut:
📅 Tarikh: 14 Ogos 2025 (Khamis)
🕣 Masa: 8.30 pagi – 12.00 tengah hari
📍 Tempat: Dewan Auditorium 2, Aras 2, Hospital Al-Sultan Abdullah
Kerjasama strategik ini diharap dapat memperkukuh pengurusan ibadah dalam kalangan pesakit dan warga hospital secara holistik seterusnya pembudayaan ilmu melalui program tersebut.

Friday, July 11, 2025

BENGKEL START SMART WITH SYSTEMATIC REVIEWS – HARI KEDUA



 11 JULAI 2025 | 15 MUHARRAM 1447H (JUMAAT)

📚 BENGKEL START SMART WITH SYSTEMATIC REVIEWS – HARI KEDUA
Hari kedua bengkel diteruskan dengan pengisian padat dan aplikasi praktikal yang sangat relevan untuk penyelidik yang ingin menghasilkan Systematic Review berkualiti tinggi.
👩‍🏫 Pengajar Jemputan:
Dr Ely Zarina Samsudin
Pensyarah Kanan, Fakulti Perubatan, UiTM Kampus Sungai Buloh
📌 Pengisian Bengkel:
1️⃣ Study Selection – Proses mengenalpasti kajian yang relevan
2️⃣ Quality Assessment for Risk and Bias – Menilai kualiti kajian dan risiko bias secara sistematik
3️⃣ Data Extraction and Analysis – Kaedah mengekstrak dan menganalisis data dengan betul dan menyeluruh
🎯 Objektif Bengkel:
✅ Memberi pendedahan mendalam mengenai proses pemilihan kajian (study selection)
✅ Membimbing peserta dalam menilai risiko dan bias dalam kajian-kajian yang disemak
✅ Meningkatkan kemahiran dalam mengekstrak data dan menganalisis dapatan secara sistematik
Bengkel ini terus membuktikan komitmen Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak dalam menyokong budaya penyelidikan yang berintegriti dan berimpak tinggi dalam kalangan warga HASA dan UiTM secara keseluruhan. 🌟






Thursday, July 10, 2025

BENGKEL START SMART WITH SYSTEMATIC REVIEWS – HARI PERTAMA

 


10 JULAI 2025 | 14MUHARRAM 1447H (KHAMIS)
📚 BENGKEL START SMART WITH SYSTEMATIC REVIEWS – HARI PERTAMA
Bengkel ini merupakan inisiatif memperkasakan warga akademik dan penyelidik dalam memahami dan melaksanakan Systematic Review secara menyeluruh, tersusun dan beretika.
🔍 Objektif Bengkel:
✅ Memberi pendedahan mengenai konsep dan kepentingan Systematic Review dalam penyelidikan
✅ Membimbing peserta membina strategi carian yang berkesan berdasarkan soalan kajian
✅ Meningkatkan kefahaman berkaitan proses saringan dan pemilihan kajian secara sistematik
✅ Memberi pengalaman hands-on membina strategi carian sendiri melalui latihan praktikal
✨ Sesi Pagi
👩‍🏫 Dr Meram Mohammed Ali Azzani
(Pensyarah Kanan, Fakulti Perubatan, UiTM Kampus Sungai Buloh)
📌 Overview of Systematic Review
📌 Steps of Systematic Review
📌 Search Strategy Protocol – merumus soalan kajian, membina strategi carian, dan menetapkan kriteria pemilihan
✨ Sesi Petang
👩‍🏫 Dr Ranita Hisham Shunmugam
(Pensyarah Kanan, Jabatan Perpustakaan & Sains Maklumat, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya)
📌 Developing an Effective Search Strategy
▪️ Pemilihan pangkalan data
▪️ Keywords vs Subject Headings
▪️ Boolean logic, truncation & filters
▪️ Kepentingan Grey Literature
📌 From Search to Screening
▪️ Eksport hasil carian
▪️ Saringan tajuk dan abstrak
▪️ Aktiviti praktikal: Bina strategi carian anda sendiri!
Terima kasih kepada semua peserta yang telah menjayakan hari pertama dengan penuh semangat dan komitmen! 🌟






JEJAK KEJAYAAN UiTM | Alumni, Inspirasi Kita Semua!

23 September 2025 | 01 Rabiul Akhir 1447H JEJAK KEJAYAAN UiTM | Alumni, Inspirasi Kita Semua! Alhamdulillah, Program JEJAK KEJAYAAN: “Menelu...