Tuesday, August 5, 2025

Lawatan dan Mesyuarat Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Selangor ke PPTAR & HASA

 


05 Ogos 2025 | 11 Safar 1447H (Selasa)

📌 Lawatan dan Mesyuarat Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Selangor ke PPTAR & HASA
Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak (PPTAR), Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA) telah menerima lawatan berpandu serta mesyuarat bersama Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Selangor.
Lawatan ini turut melibatkan sesi perbincangan bersama Unit Spiritualiti, HASA, perpustakaan dan beberapa jabatan lain yang terlibat dengan penganjuran program Tahsin Pengurusan Ibadah Pesakit Tahun 2025 yang akan dilaksanakan seperti berikut:
📅 Tarikh: 14 Ogos 2025 (Khamis)
🕣 Masa: 8.30 pagi – 12.00 tengah hari
📍 Tempat: Dewan Auditorium 2, Aras 2, Hospital Al-Sultan Abdullah
Kerjasama strategik ini diharap dapat memperkukuh pengurusan ibadah dalam kalangan pesakit dan warga hospital secara holistik seterusnya pembudayaan ilmu melalui program tersebut.

No comments:

Post a Comment

TAHNIAH PARA JUARA KUIZ KEMERDEKAAN!

TAHNIAH PARA JUARA KUIZ KEMERDEKAAN! 19 September 2025 | 26 Rabiul Awal 1447 H Sempena sambutan Bulan Kemerdekaan yang lalu, Perpustakaan Pe...