Thursday, April 6, 2023

SUMBANGAN ANAK-ANAK YATIM/YATIM PIATU SEMPENA PROGRAM JOM MEMBACA SEMPENA HARI BUKU SEDUNIA

 


Assalamualaikum & Salam Sejahtera

YBhg. Dato/ Prof//Tuan/Puan,


SUMBANGAN ANAK-ANAK YATIM/YATIM PIATU SEMPENA PROGRAM JOM MEMBACA SEMPENA HARI BUKU SEDUNIA



Sukacita dimaklumkan bahawa Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak, Hospital Al-Sultan Abdullah akan mengadakan program Jom Membaca Sempena Hari Buku Sedunia bersama-sama anak-anak yatim/yatim piatu daripada Rumah Aman Children’s Home, Pertubuhan Sabar bersama rakyat Malaysia (BARA) dan Zakat Selangor.


 

Sehubungan itu, pihak Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak, Hospital Al-Sultan Abdullah amat mengalu-alukan sumbangan dari semua warga UiTM untuk disumbangkan kepada anak-anak yatim/yatim piatu melalui program Jom Membaca Sempena Hari Buku Sedunia (program ini diawalkan pada 17 April 2023 kerana sambutan Hari Raya Aidilfitri jatuh pada 23 April 2023).

 

Senarai Bentuk Sumbangan:

·         Sedekah Raya

·         Barang keperluan Raya

·         Barang keperluan persekolahan

·         Makanan / Pack Food / Biskut     

 

Untuk makluman YBhg. Dato/ Prof//Tuan/Puan, booth sumbangan akan dibuka di Lobi Anjung Zam-Zam Aras 2, Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA) bermula pada 6-13 April 2023 pada pukul 9.00 pagi-4.00 petang.

 

Semoga sumbangan dari YBhg. Dato/ Prof//Tuan/Puan mendapat keberkatan Allah S.W.T dalam meraikan anak-anak yatim/yatim piatu di samping dapat memberi tumpuan amalan ibadah puasa di Bulan Ramadhan yang penuh barakah.

No comments:

Post a Comment

JEMPUTAN MENYERTAI BENGKEL PEMBIKINAN E-BOOK

  السلامعليکم ورحمة الله وبرکاته dan Salam Sejahtera YBhg. Dato/ Prof/ Tuan/ Puan, JEMPUTAN MENYERTAI BENGKEL PEMBIKINAN E-BOOK Pihak Perpus...