Wednesday, April 23, 2025

JOM BACA BERSAMA 10 MINIT 2025


JOM BACA BERSAMA 10 MINIT 2025

(11.00 pagi -11.10 pagi 23 April 2025)
Pada hari ini, Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak (PPTAR), Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA) telah menganjurkan program tahunan “Jom Baca Bersama 10 Minit” yang berlangsung dengan penuh semangat. Bertemakan "Nikmati Saat Ini", program ini berjaya menarik penglibatan aktif para pengunjung perpustakaan, termasuk pelajar dan staf pentadbiran.
Program dimulakan tepat jam 11.00 pagi, di mana semua peserta meluangkan masa selama 10 minit untuk membaca bahan bacaan pilihan mereka secara serentak. Aktiviti ini bertujuan untuk memupuk budaya membaca dalam kalangan warga HASA serta menyokong usaha kerajaan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara membaca menjelang tahun 2030.
Selain daripada menyemai minat membaca, program ini juga menjadi platform untuk memperkukuhkan hubungan komuniti kampus melalui aktiviti intelektual yang santai dan bermanfaat. Ia merupakan satu simbolik kepada komitmen terhadap budaya ilmu dan mencerminkan usaha kecil yang mampu memberi impak besar dalam membina masyarakat yang berpengetahuan.
Pelbagai bahan bacaan seperti majalah, novel, dan koleksi menarik lain turut disediakan di PPTAR HASA untuk dimanfaatkan. Para pengguna juga boleh mengakses bahan bacaan secara dalam talian melalui platform PERMATA Search di laman web https://uitm.elib.com.my.
Program “Jom Baca Bersama 10 Minit” ini adalah sebahagian daripada inisiatif Perpustakaan Negara Malaysia yang dijalankan serentak di seluruh negara. Ia mencerminkan semangat penyatuan rakyat Malaysia dalam menjunjung budaya membaca dan memperkukuh peranan perpustakaan sebagai pusat ilmu dan pembudayaan intelektual.








No comments:

Post a Comment

TAHNIAH PARA JUARA KUIZ KEMERDEKAAN!

TAHNIAH PARA JUARA KUIZ KEMERDEKAAN! 19 September 2025 | 26 Rabiul Awal 1447 H Sempena sambutan Bulan Kemerdekaan yang lalu, Perpustakaan Pe...