Friday, August 29, 2025

Pocket Meeting bersama Institut Sosial Malaysia (ISM)



Pocket Meeting bersama Institut Sosial Malaysia (ISM)
28 Ogos 2025 I 2.30 Petang
Telah berlangsung satu pocket meeting antara Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA) dan Institut Sosial Malaysia (ISM) yang bertempat di Bilik Mesyuarat Pengarah, Aras 10, HASA.
Ini adalah hasil daripada lawatan penandaarasan Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak, HASA ke Pusat Sumber Institut Sosial Malaysia pada bulan Ogos yang lalu dan telah berbincang mengenai kolaborasi antara Jabatan.
Turut dipanjangkan di dalam pocket meeting ini adalah penganjuran Executive Talk bersama ISM yang akan melibatkan pakar perubatan di HASA.
Pocket meeting ini telah dipengerusikan oleh Dato’ Dr. Khalid Ibrahim, Timbalan Pengarah Profesional & Operasi dan dihadiri oleh wakil-wakil jabatan HASA yang akan terlibat.
Wakil dari pihak Institut Sosial Malaysia (ISM) adalah terdiri daripada:
Puan Hafsah binti Abdul Aziz -Timbalan Pengarah
Puan Noorfaizah binti Asmuni -Ketua Pusat Pengajian Pembangunan Organisasi Sosial
Puan Marsila Ahmad-Pustakawan
Puan Radhiah Arshad Isaac
Muhammad Amirul Hakim bin Md Ismail
Perbincangan memberi tumpuan kepada perancangan kolaborasi dan jalinan strategik antara HASA dan ISM.
Seusai mesyuarat, delegasi ISM turut dibawa melawat Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak (PPTAR), HASA. Dalam sesi lawatan tersebut, tetamu berpeluang meninjau kemudahan koleksi bercetak & digital, ruang bacaan moden, inisiatif perpustakaan digital serta program pembudayaan ilmu yang dilaksanakan bersama warga hospital dan komuniti.
Lawatan balas ini telah membuka ruang perkongsian idea serta potensi kerjasama ilmu antara PPTAR dan ISM pada masa akan datang.













Tuesday, August 26, 2025

Perkongsian Ilmu, Perkasa Generasi



Perkongsian Ilmu, Perkasa Generasi

Suasana penuh mesra dan semangat kolaborasi mewarnai pertemuan antara Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak (PPTAR), Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA) bersama SMK Bukit Kapar pada 25 Ogos 2025 bersamaan 01 Rabiulawal 1447H (Isnin).Program yang dinamakan Pembudayaan Ilmu: “Knowledge Sharing with Community” ini menjadi saksi kepada penyerahan rasmi Letter of Collaboration (LOC) serta sijil penyertaan pelajar yang telah berjaya menyertai program sebelum ini.
Pertemuan ini turut disertai oleh tokoh kepimpinan sekolah, iaitu:
• Tuan Haji Maswi Saion – Pengetua SMK Bukit Kapar
• En. Mustaa Al Bakri – Penolong Kanan Pentadbiran
• Puan Nooraini Mohd Ishak – Guru Kaunseling
Manakala pihak PPTAR HASA diwakili oleh:
• Puan Noor Azlin Binti Abdullah – Timbalan Ketua Pustakawan
(M) (KUP)
• Nur Ira Wahidah Nasir – Kerani
• Maizatul Akmal Binti Sidik – Kerani
Dalam sesi ini, perbincangan turut dijalankan untuk merangka program kolaborasi seterusnya yang dijangka memberi lebih banyak peluang kepada pelajar sekolah dalam memperluas ilmu, membina kemahiran insaniah dan memupuk semangat komuniti pembelajaran.
Menariknya, rombongan juga berpeluang meninjau Bilik Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) yang menampilkan terapi urutan refleksologi oleh pelajar berkeperluan khas. Inisiatif ini jelas menyerlahkan bahawa pendidikan inklusif mampu memberi ruang kepada semua pelajar untuk cemerlang dalam bidang masing-masing.
Kolaborasi ini bukan sekadar hubungan rasmi antara perpustakaan dan sekolah, tetapi lebih daripada itu – ia adalah perkongsian ilmu, pengalaman, dan nilai kemanusiaan yang diharap dapat menyuburkan budaya ilmu dalam kalangan pelajar serta masyarakat.
Semoga kerjasama ini menjadi inspirasi kepada lebih banyak inisiatif ilmu yang berimpak positif kepada komuniti.


















Monday, August 25, 2025

Sesi Lawatan Kerja & Konsultasi Galeri Perubatan HASA



Sesi Lawatan Kerja & Konsultasi Galeri Perubatan HASA

Pada 18 Ogos 2025 (Isnin), pihak Galeri Tun Abdul Razak (GTAR), Bahagian Arkib Universiti (BARU) telah mengadakan Sesi Lawatan Kerja & Konsultasi ke Galeri Perubatan HASA, Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA), UiTM Puncak Alam.

Lawatan yang berlangsung dari 9.00 pagi hingga 1.00 petang ini diketuai oleh:
๐Ÿ‘ค Encik Ahmad Amiri Bin Mohamad – Pengarah Bahagian Arkib Universiti
๐Ÿ‘ค Puan Siti Salwa Binti Ab. Rahman – Pustakawan Kanan
๐Ÿ‘ค Puan Roszainatul Haizan Binti Rusili – Penolong Pendaftar Kanan
๐Ÿ‘ค Cik Noorbaizura Binti Mazlan – Pembantu Pustakawan Kanan

Turut hadir bagi pihak Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak, HASA ialah:
๐Ÿ“– Puan Noor Azlin Binti Abdullah – Timbalan Ketua Pustakawan (M) (KUP)
๐Ÿ“– Cik Fasihah Binti Abdul Wahab – Kerani
๐Ÿ“– Cik Maizatul Akmal Binti Sidik – Kerani

Sesi ini bukan sekadar lawatan, tetapi turut menjadi platform perbincangan strategik mengenai pelaksanaan operasi Galeri Perubatan HASA. Delegasi berpeluang meninjau ruang galeri, bertukar pandangan serta merangka idea bagi memastikan pengurusan dan hala tuju galeri lebih sistematik dan berkesan.

 Diharapkan hasil sesi ini akan memperkukuh fungsi Galeri Perubatan HASA sebagai ruang ilmu, sejarah dan warisan UiTM, sekali gus memberi manfaat bukan sahaja kepada warga universiti, malah kepada masyarakat umum.

๐Ÿค Semoga kerjasama erat antara GTAR, BARU dan Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak,HASA menjadi pemangkin kepada pembangunan Galeri Perubatan HASA sebagai pusat rujukan dan warisan yang unggul. ๐ŸŒธ















Sunday, August 24, 2025

Budaya Membaca Diperkasa Bersama Jabatan Kewangan HASA


Budaya Membaca Diperkasa Bersama Jabatan Kewangan HASA 

Pada 19 Ogos 2025, seramai 12 orang staf Jabatan Kewangan HASA telah menyertai program perkongsian ilmu anjuran Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak (PPTAR). Program ini diadakan bertujuan memperkenalkan pelbagai kemudahan dan inisiatif perpustakaan dalam menyokong budaya membaca serta meningkatkan literasi maklumat warga HASA.

Antara aktiviti utama yang dijalankan ialah:
✅ Pengenalan Portal PERMATA – peserta diberi penerangan menyeluruh tentang fungsi portal sebagai pintu masuk utama untuk mengakses pelbagai sumber maklumat digital dan fizikal yang ditawarkan oleh perpustakaan.
✅ Galakan pendaftaran MyReading – staf digalakkan untuk mendaftar akaun MyReading bagi merekod bahan bacaan yang telah selesai dibaca, sekaligus membantu mencapai sasaran 24 buku setahun. Platform ini juga menyediakan statistik bacaan peribadi yang boleh dijadikan motivasi untuk meningkatkan amalan membaca.
✅ Promosi koleksi e-Book – peserta diperkenalkan dengan koleksi e-Book perpustakaan yang boleh diakses pada bila-bila masa, di mana sahaja, tanpa had. Koleksi ini menjadi alternatif mudah kepada bahan bercetak dan sesuai untuk gaya hidup moden yang pantas.
✅ Pinjaman buku bertema khas – staf diberi peluang untuk meminjam buku berdasarkan tema yang telah dipilih secara eksklusif oleh perpustakaan. Pendekatan ini bertujuan memupuk minat membaca mengikut kategori yang lebih fokus dan menarik.
✅ Akses pantas melalui Kod QR – peserta ditunjukkan cara menggunakan Kod QR untuk mendapatkan senarai terkini judul-judul buku baharu di PTAR HASA. Kaedah ini membolehkan staf terus melihat dan memilih buku dengan lebih cepat dan mudah.
✅ Demonstrasi aplikasi PERMATA di peranti mudah alih – sesi ini memberi peluang kepada peserta untuk mencuba sendiri fungsi aplikasi PERMATA di telefon pintar masing-masing, termasuk semakan koleksi, status pinjaman, dan kemudahan akses digital.

✨ Terima kasih diucapkan kepada semua warga Jabatan Kewangan HASA atas penglibatan aktif dalam program ini. Semoga inisiatif ini menjadi langkah berterusan dalam menyemarakkan budaya membaca, sekaligus memperkukuh ilmu pengetahuan dan literasi maklumat dalam kalangan warga HASA.








Thursday, August 21, 2025

Jelajah Ilmu@Townhall HASA

21 Ogos 2025 | 27 Safar 1447H (KHAMIS)      

Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak (PPTAR), Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA) telah terlibat dalam sesi Townhall dan membuka reruai bagi melaksanakan Jelajah Ilmu@Townhall HASA  bertemakan Merdeka bertempat di Ruang Legar Auditorium, Aras 2, HASA. Program ini telah berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang dengan penyertaan yang amat menggalakkan daripada warga HASA.

๐ŸŽฏ Objektif utama penganjuran:

๐Ÿ”น Menyemarakkan budaya membaca dalam kalangan warga HASA

๐Ÿ”น Meningkatkan kesedaran terhadap kemudahan & sumber digital perpustakaan

๐Ÿ”น Memperkukuh literasi maklumat dan menyokong pembelajaran sepanjang hayat

๐Ÿ“Œ Antara pengisian menarik sepanjang program:

✅ Promosi Portal PERMATA & pendaftaran MYREADING

✅ Pengenalan koleksi e-book atas talian

✅ Pinjaman buku bertema mengikut bidang kepakaran

✅ Kod QR untuk capaian pantas senarai penuh judul buku di PPTAR HASA

✅ Kuiz interaktif yang menguji pengetahuan & daya ingatan

✅ Pameran dan kuiz kemerdekaan ke 68


๐Ÿ† Majlis penghargaan pengguna perpustakaan juga turut meraikan:

๐Ÿฅ‡ Peminjam Buku Tertinggi (Jun - Ogos 2025)

๐Ÿฅ‡ Pengunjung Perpustakaan Paling Aktif (Kategori Staf & Pelajar, Jun - Ogos 2025)                                       

๐Ÿฅ‡Pemenang Program Read and Rise Challenge 


๐Ÿ™ Pihak perpustakaan merakamkan ucapan penghargaan kepada semua yang hadir serta bersama-sama menjayakan program ini. Semoga usaha sebegini terus menjadi pemangkin kepada masyarakat ilmu yang lebih celik, kreatif dan berdaya saing di era digital.

๐Ÿ’ฌ “Ilmu itu pelita kehidupan. Mari kita semai budaya membaca dan terus mendukung pembelajaran sepanjang hayat.”






Friday, August 8, 2025

PROGRAM JELAJAH ILMU: WE REACH YOU @ JABATAN RADIOLOGI


08 Ogos 2025 | 14 Safar 1447H (JUMAAT)

PROGRAM JELAJAH ILMU: WE REACH YOU @ JABATAN RADIOLOGI

Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak (PPTAR) telah melaksanakan Program Jelajah Ilmu: We Reach You di Jabatan Radiologi dengan penglibatan 9 orang staf daripada Jabatan Radiologi.

Program ini diadakan bagi membawa perkhidmatan perpustakaan terus kepada warga jabatan, memudahkan akses maklumat serta menggalakkan penggunaan sumber digital dan fizikal perpustakaan.

Antara pengisian utama yang dijalankan termasuk:

✅ Promosi Portal PERMATA sebagai gerbang utama akses sumber maklumat akademik.

✅ Galakan pendaftaran MyReading untuk memanfaatkan kemudahan bacaan digital secara peribadi.

✅ Promosi koleksi e-Book yang merangkumi pelbagai bidang kepakaran.

✅ Pinjaman buku bertema bagi menghidupkan budaya membaca.

✅ Paparan Kod QR senarai penuh judul buku PPTAR HASA bagi memudahkan pencarian koleksi.

✅ Promosi Aplikasi PERMATA untuk capaian maklumat di hujung jari.

๐Ÿ’ Terima kasih diucapkan kepada semua warga Jabatan Radiologi atas sokongan dan penyertaan yang diberikan. Semoga program ini dapat memperkukuh hubungan kerjasama dan menyemarakkan budaya ilmu di tempat kerja.













TAHNIAH PARA JUARA KUIZ KEMERDEKAAN!

TAHNIAH PARA JUARA KUIZ KEMERDEKAAN! 19 September 2025 | 26 Rabiul Awal 1447 H Sempena sambutan Bulan Kemerdekaan yang lalu, Perpustakaan Pe...