Friday, August 8, 2025

PROGRAM JELAJAH ILMU: WE REACH YOU @ JABATAN RADIOLOGI


08 Ogos 2025 | 14 Safar 1447H (JUMAAT)

PROGRAM JELAJAH ILMU: WE REACH YOU @ JABATAN RADIOLOGI

Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak (PPTAR) telah melaksanakan Program Jelajah Ilmu: We Reach You di Jabatan Radiologi dengan penglibatan 9 orang staf daripada Jabatan Radiologi.

Program ini diadakan bagi membawa perkhidmatan perpustakaan terus kepada warga jabatan, memudahkan akses maklumat serta menggalakkan penggunaan sumber digital dan fizikal perpustakaan.

Antara pengisian utama yang dijalankan termasuk:

✅ Promosi Portal PERMATA sebagai gerbang utama akses sumber maklumat akademik.

✅ Galakan pendaftaran MyReading untuk memanfaatkan kemudahan bacaan digital secara peribadi.

✅ Promosi koleksi e-Book yang merangkumi pelbagai bidang kepakaran.

✅ Pinjaman buku bertema bagi menghidupkan budaya membaca.

✅ Paparan Kod QR senarai penuh judul buku PPTAR HASA bagi memudahkan pencarian koleksi.

✅ Promosi Aplikasi PERMATA untuk capaian maklumat di hujung jari.

💐 Terima kasih diucapkan kepada semua warga Jabatan Radiologi atas sokongan dan penyertaan yang diberikan. Semoga program ini dapat memperkukuh hubungan kerjasama dan menyemarakkan budaya ilmu di tempat kerja.













No comments:

Post a Comment

TAHNIAH PARA JUARA KUIZ KEMERDEKAAN!

TAHNIAH PARA JUARA KUIZ KEMERDEKAAN! 19 September 2025 | 26 Rabiul Awal 1447 H Sempena sambutan Bulan Kemerdekaan yang lalu, Perpustakaan Pe...