Sesi Lawatan Kerja & Konsultasi Galeri Perubatan HASA
Pada 18 Ogos 2025 (Isnin), pihak Galeri Tun Abdul Razak (GTAR), Bahagian Arkib Universiti (BARU) telah mengadakan Sesi Lawatan Kerja & Konsultasi ke Galeri Perubatan HASA, Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA), UiTM Puncak Alam.
Lawatan yang berlangsung dari 9.00 pagi hingga 1.00 petang ini diketuai oleh:
👤 Encik Ahmad Amiri Bin Mohamad – Pengarah Bahagian Arkib Universiti
👤 Puan Siti Salwa Binti Ab. Rahman – Pustakawan Kanan
👤 Puan Roszainatul Haizan Binti Rusili – Penolong Pendaftar Kanan
👤 Cik Noorbaizura Binti Mazlan – Pembantu Pustakawan Kanan
Turut hadir bagi pihak Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak, HASA ialah:
📖 Puan Noor Azlin Binti Abdullah – Timbalan Ketua Pustakawan (M) (KUP)
📖 Cik Fasihah Binti Abdul Wahab – Kerani
📖 Cik Maizatul Akmal Binti Sidik – Kerani
Sesi ini bukan sekadar lawatan, tetapi turut menjadi platform perbincangan strategik mengenai pelaksanaan operasi Galeri Perubatan HASA. Delegasi berpeluang meninjau ruang galeri, bertukar pandangan serta merangka idea bagi memastikan pengurusan dan hala tuju galeri lebih sistematik dan berkesan.
Diharapkan hasil sesi ini akan memperkukuh fungsi Galeri Perubatan HASA sebagai ruang ilmu, sejarah dan warisan UiTM, sekali gus memberi manfaat bukan sahaja kepada warga universiti, malah kepada masyarakat umum.
🤝 Semoga kerjasama erat antara GTAR, BARU dan Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak,HASA menjadi pemangkin kepada pembangunan Galeri Perubatan HASA sebagai pusat rujukan dan warisan yang unggul. 🌸
No comments:
Post a Comment